Thursday, September 8, 2011

3 RAKYAT BRITAIN DIDENDA GANTUNG KEPALA BABI DI MASJID

8 sept: Mahkamah Britain mendenda 3 orang selepas disabitkan kesalahan melakukan penderaan kaum dan mengganggu ketenteraman awam dengan menggantung kepala babi di luar masjid bandar Nottingham.

Perbadanan Penyiaran British (BBC) hari Selasa: Mahkamah mendenda Wayne Hafckrovi (41 tahun) 585£, Nicholas Long (22 tahun) dan Robert Barnham 300£, selepas disabitkan kesalahan menghasut kebencian antara kaum dan menjejaskan
ketenteraman awam.

Jurucakap berkata bagi pihak pendakwaan,"jenis penderaan ini bertujuan untuk menyebarkan fitnah pada agama dan bangsa dan ia tidak mempunyai tempat dalam masyarakat kita."

Pihak polis telah mengambil tindakan terhadap seorang aktivis muda paling kanan Persatuan Mempertahankan Bahasa Inggeris berusia 19 tahun yang menyerang sebuah masjid di Hartpol Provinsi Bakinghamchaar bersama 2 yang terlibat sama. Mahkamah Britain 6 minggu lepas juga menahan seorang lelaki dari persatuan yang sama selama setahun kerana mengulas mengenai kepala babi yang digantung di hadapan masjid di Nottingham.

Mahkamah mendenda Christopher Payne (25 tahun) 250£ dan kos mahkamah sebanyak 85£. Beliau diperintahkan melakaukan khidmat masyarakat selama 100 jam selepas mengaku melakukan jenayah hasutan perkauman dan melanggar ketenteraman awam.

Sumber disunting: Al-Basheer

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook