Friday, September 2, 2011

Pakistan:Menyambut Aidilfitri Di Tangan Militan

Pakistan, 2 September 2011 – Ketika bergembira menyambut Hari Raya Aidilfitri, 30 kanak-kanak lelaki Pakistan telah ditangkap oleh militan. Menurut berita yang dilaporkan dari AP dan AFP hari ini, kanak-kanak itu secara tidak sengaja telah melintasi sempadan Afghanistan di kawasan kesukuan Bajaur.

Berita penangkapan kanak-kanak itu meluas di pelusuk kawasan Afghanistan. Walaubagaimanapun, kanak-kanak itu telah diminta oleh para pimpinan sukuan untuk membebaskan mereka. Sebahagian daripada kanak-kanak itu berjaya melarikan diri dan terus memberitahu pemimpin suku tempatan mereka tentang berita penangkapan itu.

“Ketika kanak-kanak itu sedang berkelah untuk meraikan hari raya Aidilfitri, mereka secara tidak sengaja telah melintasi kawasan di mana adalah kawasan pengumpulan militan-militan dan kemudian mereka telah ditangkap tanpa soal siasat dilakukan,” kata pegawai kerajaan tempatan, Syed Nasim.

Sehingga kini, maklumat tentang pembebasan kanak-kanak itu belum diketahui. Kini, terlalu banyak kumpulan militan di sepanjang sempadan Pakistan dan Afghanistan.

Sumber : Kompas

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook