Wednesday, August 31, 2011

Syria:Video Pembunuhan Kanak-Kanak Di Pagi Raya

Pembunuhan kanak-kanak yang berumur 12 tahun telah ditembak di bahagian kepala di bandar Harrah di wilayah perisai di selatan Syria pada hari pertama menyambut Aidilfitri. Rakaman menunjukkan syahidnya seorang kanak-kanak apabila kepalanya parah terkesan dari pergolakan yang berlaku di kawasan tersebut.

Laporan terbaru dari Amnesty International menunjukkan 10 kanak-kanak telah meninggal dunia ketika mereka di dalam tahanan di penjara Syria. Laporan itu juga menunjukkan bilangan kematian di penjara Syria telah meningkat secara mendadak tahun ini berbanding dengan tahun sebelumnya.

Mengikut perkiraan, sebanyak 88 kes kematian oleh tahanan-tahanan yang ditahan demonstrasi bantahan yang berlaku. Jumlah perkiraan ini hanya tempoh pada bulan pertama pada bulan Ogos tahun ini dan kesemua tahanan yang meninggal dunia adalah lelaki termasuklah 10 kanak-kanak yang rata-rata usia mereka antara 13 dan 18 tahun.

Berhubung dengan kes yang dilaporkan, sekurang-kurangnya ada 52 kes yang secara terangnya membuktikan penindasan, penyeksaan serta layanan buruk yang diberikan telah menyebabkan banyak kematian yang berlaku.

Kajian telah dibuat, tedapat 45 video yang telah diambil oleh saudara-mara atau aktivis hak asasi manusia dan diserahkan kepada pakar-pakar forensik. Mereka mendapati kematian mereka adalah disebakan luka-luka parah kerana kesan terbakar dan keganasan yang dibuat ke atas mereka.

Bercakap mengenai jenayah yang dilakukan, mereka merayu kepada Majlis Keselamatan untuk meminta ICC (International Crimical Court) untuk menjalankan siasatan di Syria. Perkara ini ditolak oleh kebanyakan negara seperti China, Russia, India, Brazil dan Afrika Selatan yang mana, mereka menganggap reaksi yang ditayangkan oleh Majlis Keselamatan tidak mencukupi untuk menuntut bela terhadap tahanan-tahanan yang diseksa itu.

Sumber : Al Mokhtsar

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook