Tuesday, August 30, 2011

ABDULLAH GUL: TURKI HILANG KEPERCAYAAN KEPADA KERAJAAN SYRIA


Turki, 29 Ogos: Presiden Turki, Abdulah Gul mengatakan bahawa Turki telah hilang kepercayaan terhadap kerajaan Syria pimpinan Presiden Bashar.

Dalam sebuah wawancara eksklusif di bilik berita Anatolia, Gul menilai kejadian yang mutakhir di Syria dan mengatakan secara terus terang, Turki telah membuat penyiasatan isu pergolakan politik terkini di Syria dalam beberapa tahun ini dan Turki memiliki niat baik untuk memberikan penyelesaian terhadap transformasi di Syria.

Gul mengatakan Turki memberikan usaha besar dan banyak membuat sumbangan di Syria. Turki mendokong dan bersama-sama dengan rakyat Syria dalam isu ini.

Gul mengatakan bahawa ia mengikuti perkembangan di Syria setiap hari dan ia menerima laporan secara harian tentang apa yang terjadi di setiap kota di Syria. Beliau menambah, ia mengikuti kejadian di Syria sejak bermulanya demonstrasi rakyat kerana Syria merupakan negara jiran Turki.

Gul mengatakan kepada Anatolia dalam sebuah wawancara: "Kami sangat sedih . Kejadian yang telah dilaporkan selesai tetapi 17 terkorban, berapa banyak nyawa terkorban selepas ini? kami betul-betul telah hilang kepercayaan kepada kerajaan Syria sekarang."

Tambah beliau lagi, kebahagiaan,kesejahteraan, dan perdamaian rakyat Syria adalah perkara yang penting bagi Turki.

Awal bulan ini,Gul juga seperti pemimpin Turki yang lain telah memberikan tekanan kepada Syria agar menamatkan kekerasan terhadap rakyatnya sendiri. Beliau memberi nasihat kepada Presiden Bashar al-Assad supaya melakukan perubahan.

Sumber diolah: Eramuslim

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook