Tuesday, August 30, 2011

Libya:Putra Ghadafi Tewas Di tangan Pemberontak

Tripoli, 30 Ogos - Khamis Ghadafi, putera mantan pemimpin Libya, Muammar Ghadafi dilaporkan tewas ditangan pasukan pemberontak dalam satu tembakan yang di sasarkan di ibu kota Tripoli, semalam waktu tempatan.

Kolonel Al-Mahdi Al-Haragi, yang menjaga Briged Tripoli untuk pasukan pemberontak, berkata beliau mempunyai pengesahan bahawa Khamis cedera parah dalam pertempuran berhampiran Ben Walid dan Tarhoni. Khamis telah dibawa ke hospital yang berdekatan. Sumber mengatakan, jenazah Khamis akan dikebumikan di kawasan yang berdekatan.

Sementara itu, isteri Muammar Ghadafi telah memasuki wilayah Algeria bersama puterinya, Aisha dan dua orang puteranya, Hannibal dan Mohammad Ghadafi pada hari Isnin pagi pada pukul 8.45 waktu tempatan.

"Kami memberi amaran kepada sesiapa pun supaya tidak melindungi Ghadafi serta putera-puteranya. Kami akan berusaha untuk mencari dan menangkap mereka walau di mana mereka berada," kata jurucakap Dewan Peralihan Nasional Libya, Mahmoud Shamman.

Sumber : Kompas , Reuters

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook