Friday, September 2, 2011

Yaman:Pihak Berkuasa Yaman Manahan Pendakwah Mesir

Sana'a, Yaman 2 September 2011- Pihak berkuasa Yaman telah menahan Sheikh Wajdy Ghoneim dan isteri beliau di lapangan terbang Sana'a pada hari Rabu yang lalu, kata anak beliau, Yassir dalam satu kenyataan akhbar.

Katanya lagi, antara barang yang dirampas daripada bapa beliau ialah pasport dan telefon bimbit, dan beliau telah terputus komunikasi dengan Sheikh Wajdy Ghoneim sejak dua hari yang lalu (Isnin).

Yassir berkata, bapanya telah menghubungi Kedutaan Mesir di Yaman, namun pihak kedutaan Mesir di Yaman tidak dapat memberi maklumat dan membantu Sheikh Wajdy Ghoneim berikutan keadaan Yaman yang tidak stabil.

Sheikh Wajdy Ghoneim telah diperhatikan oleh beberapa pihak berikutan kelantangan beliau dalam menyuarakan pendapat dan kritikan beliau terhadap dasar-dasar negara, beliau juga menghadapi kesukaran untuk pulang ke Mesir kerana beliau telah dihukum untuk di tidak berada di Mesir selama 5 tahun semasa pemerintahan tentera Mesir yang lalu dalam isu peraturan Ikhwan Muslimin.

Berikutan daripada itu, kempen satu juta tandatangan telah dilancarkan bagi menarik balik hukuman tersebut ke atas Sheikh Wajdy Ghoneim dan telah dibacakan doa pada solat Hari Raya agar Sheikh Wajdy dilepaskan dari ancaman di Yaman dan agar beliau berjaya dilepaskan dari tahanan tersebut.

Sumber : Islammemo

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook