Friday, September 23, 2011

MUSLIM GROZNY MERAIKAN KEDATANGAN "MANGKUK NABI MUHAMMAD"


Grozny: Sebuah mangkuk yang diyakini pernah digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w selama ini berada di Inggeris, dibawa ke Grozny, ibukota Chechnya.

Interfax melaporkan, Perdana Menteri Chehnya Ramzan Kadyrov, beberapa pegawai kerajaan dan Lembaga Muslim Chehnya menyambut kedatangan barang bersejarah itu di ibukota Grozny, Khamis (22/9). Mahasiswa, pelajar sekolah dan para ulama berarak di sepanjang jalan bermula dari lapangan terbang sehingga ke tempat mangkuk itu dibawa, di Masjid Chehcnya.

Setelah mangkuk bersejarah tiba di masjid, hadirin menunaikan solat berjemaah.

Mangkuk yang dikatakan pernah digunapakai oleh Nabi Muhammad s.a.w itu diberikan turun temurun kepada sepupunya Ali bin Abu Thalib dan keturunannya .Namun tidak ada penjelasan bagaimana mangkuk tersebut boleh barada di Inggeris hingga sekarang, dan kemudian dibawa ke Grozny.

Ramai warga Grozny teruja melihat mangkuk tersebut. Para keturunan ahli waris mangkuk nabi Muhammad s.a.w memutuskan bahawa Ramzan Kadyrov berhak untuk menyimpan mangkuk tersebut, oleh demikian mangkuk itu diwariskan kepadanya untuk disimpan,"

demikian Interfax melaporkan.

Olahan sumber: Eramuslim

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook