Saturday, September 24, 2011

2 TERBUNUH: SERANGAN TENTERA SYRIA TERHADAP BANTAHAN JUMAAT


Homs: Tentera Syria membunuh sekurang-kurangnya 2 penunjuk perasaan dengan melepaskan peluru hidup bagi menyuraikan bantahan pro-demokrasi yang berlaku serentak di seluruh negara seusai solat jumaat. Serangan dipergiat dalam tujuan menghancurkan kebangkitan yang bermula 6 bulan lalu, lapor seorang aktivis.

Memetik laporan dari jalanan, serangan berlaku di wilayah Homs, tempat berlakunya bantahan besar-besaran terhadap presiden Basyar Al-Assad. Tentera dan kereta kebal dikerahkan di setiap wilayah, dalam dan kawasan luar bandar.

Lapor mereka lagi, penunjuk perasaan datang dari puak Deir al-Zor di sempadan Iraq, bandar Hama dan di beberapa pinggir bandar Damascus.

Olahan sumber: Todays Zaman

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook