Saturday, September 10, 2011

ERDOGAN: HARGA DIRI RAKYAT TURKI LEBIH MAHAL DARIPADA KONTRAK JUTAAN DOLAR


Ankara: Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan menegaskan bahawa harga diri dan kemuliaan rakyat Turki jauh lebih tinggi dan mahal daripada kontrak bernilai 150 juta dollar.

Erdogan mengatakan hal demikian selepas membuat keputusan bagi memutuskan hubungan kerjasama dua hala dengan Israel dalam bidang perdagangan, ketenteraan, dan teknologi pertahanan.

Beberapa hari lalu, Kerajaan Turki mengambil langkah untuk memutuskan hubungan dengan Israel sebagai menunjukkan rasa ketidakpuashatian kepada Israel yang menolak untuk memohon maaf kepada Turki terhadap kes serangan kapal bantuan kemanusiaan Mavi Marmara milik Turki ke Gaza oleh tentera laut Israel.

Dalam kes tersebut, 9 orang aktivis warganegara Turki mati dan lainnya mengalami cedera parah. Berkait dengan kes itu, Kerajaan Turki telah menuntut agar Israel meminta maaf secara rasmi kepada negara dan rakyat Turki.

Namun, dari sudut yang lain, Israel tetap menolak untuk meminta maaf kepada Turki dan hanya menyatakan keprihatinannya terhadap kejadian itu. Atas sikap Israel ini, Kerajaan Turki mengambil pelbagai tindakan sebagai membantah sikap Israel seperti mengusir Duta Besar Israel di Ankara, dan menangguhkan hubungan kerjasama dalam bidang ketenteraan dengan Israel, hingga menggantung kerjasama di bidang perdagangan dan teknologi pertahanan.

Kerajaan Turki juga telah merancang untuk menghantar sebuah kapal perangnya ke perairan Laut Mediteranian sebelah Timur, yang bersempadan dengan wilayah perairan Israel.

Sumber olahan: Eramuslim

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook