Saturday, September 10, 2011

BANJIR: PULUHAN RIBU TERPAKSA PINDAH

Brazil: Banjir besar akibat hujan lebat di selatan Brazil menyebabkan 3 orang terkorban dan lebih dari 63,000 orang terpaksa pindah, pegawai melaporkan pada Jumaat semalam.

Hujan lebat 3 hari tanpa henti menyebabkan kesan yang serius di selatan Santa Catarina. Pihak berkuasa mengumumkan 32 bandar di negeri ini berada dalam status darurat. Dua bandar iaitu Brusque dan Rio do Sol berada dalam kecemasan. Beberapa buah bandar hampir sepenuhnya tenggelam apabila sungai Itacay-Acu melimpah.

Agensi Pertahanan Awam melaporkan banjir teruk tersebut menyebabkan 790,000 orang kehilangan tempat tinggal di 60 buah bandar raya. Agensi itu memberi amaran bahawa akan berlaku risiko tanah runtuh setelah hujan lebat.

Pegawai Pertahanan Awam di negeri Catarina melaporkan pada Sabtu: Sekurang-kurangnya seorang terbunuh. Media tempatan melaporkan 3 orang terbunuh. Keadaan darurat menyebabkan sekolah-sekolah di kota Blumenau, Gaspar, Itajai da Rio do Sol terpaksa ditutup. Sebahagian sekolah menjadi tempat perkampungan sementara bagi mangsa banjir.

150 orang tewas akibat banjir kilat di selatan Brazil 3 tahun lalu. Paras air berbeza dengan kemarau teruk dan kebakaran hutan di kawasan barat bahagian tengah negara Amerika Selatan itu.

Banyak bandar Brazil mengalami serangan asap dari kebakaran hutan berpunca dari suhu tinggi dan kemarau panjang yang teruk akibat tiada hujan, sekarang 3 bulan kering di sekitar ibu negara. "Kami tidak pernah mengalami tahap kelembapan yang rendah sejak 1960." kata pegawai Pertahanan Awam kepada AFP.

"50 kebakaran berlaku dalam masa 24 jam ini dan kami terpaksa mengerahkan seramai 500 ahli bomba," lapor ketua bandar Mauro Sergio dari Jabatan Bomba Brazil.

Beberapa sekolah terpaksa ditutup awal berikutan asap yang sangat tebal di ibu kota itu. "Saya telah menetap di Brazil selama 40 tahun, saya tidak pernah mengalami kejadian seperti ini," kata Edson, penduduk Barroso kepada AFP.

Sumber olahan: Kompas.com

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook