Saturday, September 10, 2011

KETUA LIGA ARAB MENGADAKAN PERBINCANGAN DENGAN ASSAD


Beirut: Ketua Liga Arab Nabil Elaraby tiba di Syria Sabtu ini untuk mengadakan perbincangan dengan Presiden Bashar al-Assad. Beliau dijangka menyampaikan kebimbangan mengenai tindakan keras dan kejam terhadap bantahan yang telah membunuh lebih 2,000 orang.

Agensi berita MENA Mesir melaporkan ketibaan El-Araby di Syria dan beliau berkata akan mengadakan perbincangan tertutup dengan Assad dan Menteri Luar Walid al-Moualem.

Assad telah mengenakan tindakan hampir 6 bulan kepada pendemonstrasi jalanan, inspirasi dari kebangkitan bangsa Arab yang telah menumbangkan 3 pemimpin Afrika Utara. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan seramai 2,200 orang telah terbunuh sepanjang gelombang kebangkitan ini.

Pihak berkuasa Damsyik telah menyalahkan kumpulan bersenjata kerana melakukan keganasan dan 500 anggota tentera dan polis terbunuh sejak kekacauan meletus di bandar raya Deraa selatan pada pertengahan bulan Mac.

Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah telah mengenakan sekatan ke atas Syria dan kuasa serantau telah menjadikan kerajaan Assad semakin kritikal, tetapi tidak ada negara mencadangkan NATO mengadakan campur tangan seperti yang berlaku kepada pemimpin Libya Muammar Gaddafi.

El-Araby dijangka melakukan lawatan ke Damsyik pada hari Rabu tetapi diplomat Arab berkata lawatan itu telah ditangguhkan atas permintaan Syria.

Sumber diolah: Al-masry al-Youm

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook