Saturday, August 13, 2011

Turki:Lawatan Erdogan Ingatkan Dunia Nasib Kebuluran Di Somalia

Turki 11 Ogos - Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan telah mengumumkan beliau akan melawat Somalia bagi melihat keadaan di negara itu sendiri. Beliau yang menyampaikan ucapan pada mesyuarat pemerintahan keadilan bersama Parti Pembangunan. Beliau berkata akan melawat Somalia bersama Menteri Luar Negeri Ahmed Dvutoglu. Beliau disertai keluarga mereka sepanjang lawatan tersebut. Lawatan itu telah menarik perhatian dunia berikutan lawatan pemimpin dunia ke Somalia kerana amat jarang berlaku kerana risiko keselamatan yang teruk.

Beliau berkata “ Ia adalah perkara yang mustahil untuk kita mengabaikan nasib yang melanda penduduk Afrika”.Tertubuhnya gerakan “Asy-Syabab” selepas kegagalan gerakan tersebut mencapai kemenangan yang dahulunya berkuasa di ibu Negara Mogadishu kerana mereka sering melancarakan pengeboman di situ sehingga memberi risiko kepada lawatan tersebut. Walaubagaimanapun lawatan tetap dijalankan. Kata beliau lagi “ kami bersedia membantu Somalia”. Erdogan menegasakan bahawa usaha dalam memberi bantuan akan diperluaskan lagi kepada semua yang memerlukan sumbangan masyarakat antarabangsa.

Setakat ini Turki telah menghantar dua pesawat kargo yang membawa kira-kira 50 tan bekalan makanan dan ubatan ke Somalia pada Isnin yang lalu. Manakala Persatuan Bulan Sabit Merah juga bekerjasama dengan agensi pembangunan kerajaan Turki dan Pejabat Hal Ehwal Agama berusaha meningkatkan sumbangan daripada orang ramai.

Pada tahun lepas, isteri Erdogan, Amina melawat kawasan yang dilanda banjir di Pakistan. Lawatan ini telah mengukuhkan reputasi Turki sebagai Negara Islam yang membangun dan mengambil berat kepada Negara-negara yang terkena bencana.

Sumber : Mufakkiratul Islam

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook