Saturday, August 13, 2011

UK:Tiga Terbunuh Dalam Nahas Semasa Rusuhan Di Birmingham

Tiga lelaki telah dilanggar dan terbunuh dalam keadaan mereka cuba melindungi harta mereka. Keadaan berlaku pada malam kedua keganasan yang berlaku di tengah Bandar Inggeris di Birmingham, kata saksi.

Polis berkata, seorang lelaki berusia 32 tahun telah disyaki melakukan pembunuhan tersebut ke atas tiga orang mangsa yang berumur 20, 30 dan 31 tahun. Dua lelaki telah disahkan mati di tempat kejadian dan seorang mangsa lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

“Polis West Milland telah membuat siasatan lanjut ekoran kes pembunuhan yang berlaku. Seorang lelaki telah ditahan kerana disyaki ada kaitan dengan kejadian tersebut. Kenderaan yang melanggar tiga lelaki itu telah diperiksa oleh pakar-pakar forensik,” kata polis dalam satu kenyataan.

Paramedik berkata, mereka mendapati kira-kira 80 orang berada di tempat kejadian selepas lelaki-lelaki itu dilanggar oleh kereta.

Kata saksi beserta ahli keluarga yang lain, mangsa-mangsa adalah orang-orang Islam dan sebahagian kumpulan daripada mereka melindungi kawasan itu daripada kecurian selepas orang ramai keluar meninggalkan masjid yang berdekatan.

“Orang Islam datang ke masjid untuk bersembahyang dan kebanyakan mereka datang untuk melindungi kawasan itu,” kata Kabir Khan Isakhel, saksi kejadian.

Seorang lagi saksi berkata, kejadian itu berlaku selepas sebuah kereta dibakar di jalan-jalan yang berdekatan. Mereka juga berkumpul terus untuk mendorong penduduk tempatan melindungi kawasan membeli-belah.

Bercakap Tariq Jahan kepada BBC, bapa Haroon Jahan adalah salah seorang daripada tiga orang mangsa yang meninggal dunia. “Saya tidak dapat berkata apa-apa selepas kejadian ini berlaku dan saya juga tidak faham kenapa perkara ini boleh berlaku,” kata beliau.

“Dia seorang pemuda yang sangat baik sejak kecil lagi. Dalam kehidupan, beliau mempunyai segalanya. Tidak masuk akal kenapa ada orang yang melakukan perbuatan sekejam ini dan mengambil kehidupan tiga orang yang tidak bersalah.” tambah beliau lagi.

Kawasan di London nampak tenang pada malam Selasa yang lepas, akan tetapi kekacauan ini telah merebak ke Bandar-bandar lain termasuklah di Nottingham dan Gloucester.

Sumber : Al Jazeera , Kompas

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook