Wednesday, August 3, 2011

Mesir : Mubarak Sedia Untuk Dibicarakan Di Mahkamah

Kaherah 3 Ogos – Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak bersedia untuk dibicarakan di mahkamah untuk kes rasuah dan pembunuhan yang menyalahi undang-undang sebelum dan selepas revolusi yang berlaku yang akhirnya beliau tewas untuk mempertahankan kedudukan beliau.

Penampilan Mubarak di mahkamah Kaherah pada hari ini akan di tayangkan secara langsung di televisyen Mesir.

Spekulasi berlaku selama sejam sebelum perbicaraan ke atas Hosni Mubarak yang mana beliau telah dimasukkan ke hospital di pusat peranginan di Sharm El-Sheikh sejak bulan April yang lalu dan hari ini beliau akan muncul di mahkamah untuk perbicaraan atas tuduhan cubaan membunuh dan rasuah.

Sumber-sumber perubatan berkata, ahli keluarga beliau telah tiba di hospital pada hari Selasa. Sumber dari lapangan terbang berkata, pesawat dari perubatan lengkap telah mendarat di lapangan terbang tempatan hari ini.

Penunjuk perasaan bertekad untuk hadir beramai-ramai melihat perbicaraan Hosni Mubarak dan kemungkinan keadaan akan menjadi tegang sekiranya bekas Presiden Mesir itu tidak hadir untuk dibicarakan.Mubarak juga akan menjadi pemimpin Arab pertama mengahadap perbicaraan di mahkamah berikutan dengan revolusi yang berlaku.

Rakyat Mesir melihat penyakit yang digembar-gemburkan itu adalah satu helah untuk beliau melarikan diri dari dikenakan hukuman selama pemerintahan 30 tahun beliau sehinggalah beliau digulingkan pada 11 Februari 2011.

Habib el-Adly, bekas Menteri Dalaman beserta enam orang pegawai polis telah didakwa atas tuduhan cubaan membunuh seramai 850 penunjuuk perasaan yang berlaku pada revolusi pada Januari lepas. Jika disabitkan bersalah, mereka akan menghadapi hukuman mati.

Tuduhan lain juga, Mubarak dan dua orang anaknya, Jamal dan Barraak Mubarak dituduh atas kes rasuah.

Bilik perbicaraan telah ditetapkan khusus melalui Akademi Polis Mubarak yang salah satu dari keselamatan yang mengikut tata tertib ketenteraan. Bangunan dimana beliau dibicarakan itu juga dinamakan sempena nama Presiden itu walaupun nama beliau telah digugurkan sejak penggulingan beliau.

Keselamatn dikawal rapi dan dikawaal ketat denagn kawalan dari tentera di setiap sudut kawasan. Usaha telah dibuat untuk memastikan penonton yang hadir ke mahkamah tidak dekat dengan sangkar defenden untuk menjerit dan membaling objek pada mereka, berkata Kementerian Dalam Negeri.

Dijangka 600 orang yang akan menghadirkan diri termasuk saudara-mara beberapa penunjuk perasaan yang terbunuh dalam kebangkitan.

Lebih dari 200 agensi berita cuba untuk mendapatkan akreditasi untuk melaporkan dari perbicaraan itu tetapi mereka dihalang. Hanya 120 sumber asing tidak termasuk Al Jazeera telah diberi kebenaran masuk untuk membuat laporan.

Pegawai-pegawai Mesir memberitahu bahawa Al Jazerera adalah salah satu sumber terbesar yang dapat dilihat oleh serata dunia berita yang dilaporkan.

“Ada yang merasakan perkara ini adalah taktik lama yang hanya mahu pengawalan mesej terhadap perkara yang sedang berlaku,”kata Tadros Al Jazeera Sherine, laporan dari Kaherah.

Sumber : Al Jazeera

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook