Monday, August 15, 2011

Somalia : Taun Membunuh Puluhan Rakyat Somalia


Somalia 15 Ogos 2011 - Sebuah akhbar Britain “The Guardian” telah melaporkan bahawa hospital-hospital dan kem-kem pelarian yang berada di dalam dan di luar Somalia sedang berusaha untuk menghentikan penyebaran wabak kolera dan campak yang kebanyakannya didapati dari puluhan kanak-kanak Somalia.

Seramai 4272 orang yang mengalami cirit-birit teruk ditempatkan di hospital di ibu negara Somalia Mogadishu. Tanda-tanda penyakit taun ini mula merebak sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak meningkat kepada 118 orang kanak-kanak. Kebanyakan mereka berumur dalam lingkungan lima tahun ke bawah.

Kajian telah dibuat oleh makmal kepada pesakit yang mengalami cirit birit berair menunjukkan, sebanyak 60% daripada mereka telah dijangkiti penyakit taun.

Sumber : Al Mokhtsar, The Guardian

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook