Monday, August 15, 2011

117 Negara Di Pelusuk Dunia Disekat Kebebasan Beragama

15 Ogos 2011 - Satu Laporan yang dibuat oleh Forum Agama dan Kehidupan Sivil (Pew Forum on Religion & Public Life) di Amerika Syarikat dalam pengkajian terhadap sekatan kepada umat Islam yang rata-ratanya 117 buah negara termasuklah negara-negara Eropah menghadapi permasalahan dalam mengamalkan sebahagian dari tuntutan agama seperti pemakaian niqob dan melaungkan azan di masjid-masjid tertentu.

Diantara 13 buah negara di dunia, Perancis adalah antara negara yang paling tinggi sekatannya dalam kebebasan mengamalkan agama dan kepercayaan. Manakala negara China juga adalah salah sebuah negara ketiga yang disenaraikan atas sekatan kebebasan amalan beragama.

Laporan itu menyatakan bahawa sekatan yang dilakukan termasuklah permusuhan sosial terhadap pelanggaran agama minoriti serta sekatan yang dikenakan oleh kerajaan, meningkat dalam 23 negara dari 198 negara di dunia. Ia telah meningkat sebanyak 12%, kemudian menurun di 12 buah negara sebanyak 6% dan sehingga hari ini kekal dan tidak berubah.

Menurut laporan itu, kelihatan lapan buah negara jelas ketara meningkat dalam sekatan terhadap pemakaian niqob. Manakala ada juga negara yang telah menyaksikan penurununan secara ketara terutama di China dan Perancis. Nigeria, Russia, Thailand, Vietnam dan Amerika Syarikat adalah antara negara yang mana penganut-penganut agama menghadapi masalah besar dalam menzahirkan amalan agama mereka.

Laporan itu telah pun diterbitkan dalam jurnal “Arabian Business” yang mengatakan sebanyak 117 buah negara telah disekat atas pengamalan dalam beragama sehingga membuka mata jaringan di 198 buah negara dan wilayah berdasarkan undang-undang, dasar dan prosedur yang telah dibuat oleh kerajaan terhadap ugutan agama dan sekatan tersebut.

Laporan juga mencatatkan bahawa dalam tempoh tiga tahun penyelidikan yang dibuat, keganasan dan layanan buruk terhadap penggamal agama meningkat apabila kerajaan memutuskan untuk menyekat kebebasan beragama dalam undang-undang negara.

Sumber : Al Mokhtsar

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook