Wednesday, August 24, 2011

Isu Syria:PBB Perintah Menyiasat Pencabulan Terhadap Syria

Majlis Hak Asasi Manusia PBB (HRC) telah melancarkan sebuah suruhanjaya baru bagi menyiasat hubung kait dengan tindakan keras ke atas penunjuk perasaan anti kerajaan dengan mengambil kira jenayah kemanusian yang berlaku. Perkara ini berikutan, 18 orang telah dilaporkan terbunuh di negara itu dalam tempoh 24 jam yang lalu di mana Homs sahaja sekurang-kurangnya 7 orang terbunuh, beritahu aktivis hak asasi manusia kepada AlJazeera.

Sebanyak 33 undi yang menyokong manakala 4 menentang dan 9 lagi terkecuali untuk HRC meluluskan satu resolusi segera penghantaran sebuah suruhanjaya siasatan bebas antarabangsa bagi menyiasat berkaitan pencabulan undang-undang hak asasi manusia antarabangsa di Syria sejak tahun 2011.

Terdapat juga negara-negara lain yang berbaki diantara 47 negara tidak dapat menghadirkan diri dan terkecuali dari menganggotai majlis tersebut. Negara yang tidak hadir adalah China dan Rusia kerana mereka menentang langkah tersebut dan beralasan perkara ini tidak memerlukan campur tangan, manakala duta Syria, Faysal Al-Hamwi menggelarkan tindakan tersebut sebagai 100% berunsurkan politik.

Sementara itu, wartawan Al-Jazeera, dari Ramtha di sempadan Jordan-Syria melaporkan, bahawa keganasan semakin berterusan di kawasan-kawasan utama di seluruh negara, di mana mereka difahamkan kereta-kereta kebal telah menyerang beberapa kawasan perumahan, tentera-tentera memusnahkan serta membakar rumah-rumah yang ada dan tangkapan yang telah dibuat ke atas penduduk.

Kumpulan hak asasi manusia berkata, lebih 2200 orang telah terbunuh, kebanyakannya adalah penunjuk perasaan yang tidak bersenjata dalam menentang tindakan keras kerajaan. Presiden Bashar Assad cuba menyalahkan insiden pemberontakan yang baru 5 bulan bergerak sebagai pejuang Negara itu dikatakan mereka bagaikan pelampau dan samseng Islam. Dalam temubual dengan siaran televisyen Syria, beliau memberi amaran terhadap campur tangan tentera asing di negaranya.

Beliau juga mengulas mengenai pembaharuan politik dengan memaklumkan pilihan raya tempatan akan diadakan dalam beberapa bulan, dan akan diikuti oleh pemilihan parlimen pada bulan Februari 2012 akan datang.

Sumber : Al Jazeera

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook