Thursday, August 25, 2011

CIA MEMBERI BANTUAN KEPADA JABATAN POLIS NEW YORK UNTUK MEMANTAU MUSLIM AMERIKA SYARIKAT


25 Ogos: Satu laporan mendedahkan bahawa Central Intelligence Agency (CIA) memberikan bantuan Jabatan Polis New York (NYPD)untuk mengintip umat islam di Amerika Syarikat.

Laporan siasatan AP mendedahkan, selepas serangan 11 September, dengan bantuan "tidak pernah terjadi sebelumnya" dari CIA, Jabatan Polis New York (NYPD) "dihantar pegawai yang menyamar, dikenali sebagai 'penyapu' ke kawasan minoriti
bahagian program pemetaan manusia."

CIA sendiri dilarang dari mengintip warga rakyat Amerika Syarikat.

Siasatan mendedahkan bahawa 'penyapu' telah mengumpulkan informasi kehidupan seharian warga muslim di kedai buku, bar, kafe, dan kelab malam.

NYPD telah melantik agen siasatan dikenali sebagai "crawler masjid" untuk mengintip muslim dan memantau isi khutbah, bahkan ketika tiada bukti disabitkan kesalahan, tambah laporan tersebut.

Associated Press (AP) mengatakan laporan mereka bersumberkan dokumen dan temubual lebih dari 40 orang dan bekas pegawai polis New York serta pejabat kerajaan.

Laporan menambah, sebahagian besar pejabat terlibat secara langsung dalam usaha perlaksanaan operasi rahsia ini.

Laporan mengatakan bahawa NYPD beroperasi di luar bidang kuasanya dan melakukan
sasaran terhadap etnik komuniti yang menyalahi undang-undang sivil yang dibuat oleh pemerintah kerajaan.

Sejumlah aktivis bebas mengecam rancangan tersebut dan menyarankan siasatan dilakukan atas laporan tersebut.

Dewan Hubungan Amerika Islam (CAIR) menyahut permintaan itu. Dewan Kehakiman AS
menyatakan akan membuat siasatan atas laporan tersebut.

"Ini mungkin menyalahi undang-undang berkenaan apa yang mereka lakukan," kata
Gadeir Abbas, wakil kakitangan CAIR.

Olahan sumber: Eramuslim

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook