Thursday, August 25, 2011

MUAMMAR GHADAFY HILANG!


Tripoli, 24 Ogos: Pemimpin Libya, Muammar Ghadafy lari ke lokasi yang
tidak diketahui dari kediamannya di Bab Al-Aziziya, Tripoli yang
dikuasai pemberontak semalam

Ghadafy mengatakan melalui stesen radio, juga disiarkan di Al-Orouba TV
dan Al-Rai TV, pengunduran diri itu merupakan
"taktik" selepas kediamannya dimusnahkan oleh serangan udara NATO dan
pemberontak. Beliau bersumpah sanggup "syahid" atau menang
dalam perang melawan NATO.

Jurucakap Ghadafy, Moussa Ibrahim, berpendapat bahawa
Ghadafy bersiap sedia melawan pemberontak merebut Tripoli yang memakan
masa bebulan-bulan, bahkan bertahun-tahun dan bersumpah mengubah Libya
menjadi "gunung berapi, lava, dan api."

Pemberontak kini merayakan kemenangan besar di Tripoli dengan keluar
membawa senjata, berlegar-legar dengan bebas sejurus melakukan tembakan
berdas-das ke udara dari kediaman Muammar Ghadafy.

Sara Sidner, wartawan CNN, melaporkan dari kediaman Ghadafy tentang
emosi pemberontak melalui Twitter, "Dalam kediaman Khadafy. Pemberontak:
Libya Bebas", "Saya berjalan ke bahagian timur kediaman Ghadafy untuk
kali ketiga hari ini."

Wartawan CNN, Matthew Chance, mengatakan pengikut Ghadafy masih
menguasai bahagian lain Tripoli termasuk Hotel Rixos, tempat para
wartawan asing bermukim di negara itu. "Walaupun rumah (Ghadafy) jatuh
ke tangan pemberontak, Rixos masih di bawah kekuasaan Ghadafy."

BBC melaporkan, pemberontak menghancurkan patung- patung termasuk
patung emas berbentuk tangan yang memegang pesawat Amerika Syarikat.
Tiada sebarang pergaduhan di bandar Bab Al-Aziziya yang dikatakan
dikawal oleh ratusan pengikut Ghadafy. Bandar tersebut dilaporkan memiliki
terowong bawah tanah menghubungkan beberapa lokasi penting di
Tripoli dan terdapat sejumlah bangunan askar, kediaman Ghadafy,
perpustakaan, dan pejabat pegawai pemerintahan.

Sumber diolah: Kompas.com

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook