Wednesday, July 27, 2011

80 Terkorban Dalam Nahas Kapal Terbang Tentera Maghribi


RABAT 26 Julai – Sebuah pesawat tentera terhempas di kawasan pergunungan selatan Maghribi akibat kabus tebal dan cuaca buruk di tempat kejadian.

Pesawat Hercules C-130 terhempas berhampiran Guelmim dalam perjalanan ke Dakhla, Sahara Barat menuju Kinitra di Utara Morocco

Ia terhempas kira-kira 09:00 (08:00 GMT) kerana membuat ia cuba membuat sebuah pendaratan yang di jadualkan kepada tentera Airbase antara 10km (enam batu) timur Guelmim.

Dalam kemalangan tersebut seramai 78 orang telah terkorban di tempat kejadian dan tiga lagi dalam keadaan parah. Mereka di kejarkan ke hospital dan meninggal dunia di hospital.

Berikutan daripada kejadian itu, Raja Mohammed VI telah mengisytiharkan tiga hari berkabung dan mengarahkan diadakan solat peringatan pada hari jumaat di semua masjid di Negara itu. Raja Mohammed VI juga mengutuskan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Kemalangan itu adalah antara yang paling teruk di Morocco yang melibatkan pesawat sejak tahun 1973, apabila 105 orang terbunuh selepas pesawat Royal Air Maroc terhempas berhampiran Rabat. Kali terakhir kapal terbang terhempas di Maghribi pada tahun 1994 apabila pesawat Royal Air Marocco terhempas berhampiran bandar barat daya Agadir yang mengorbankan 44 penumpang dan anak kapal.

Sumber : BBC News , Al-Jazeera

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook