Monday, July 25, 2011

Kempen Pelancaran Bantuan Somalia Di Bulan Ramadhan

Washington 25 Julai – Pertubuhan “Kerjasama Islam” yang berpangkalan di Jeddah telah melancarkan kempen pada bulan Ramadhan ini untuk menggembleng sumber-sumber dalam memberikan bantuan kepada Somalia yang sedang melanda kebuluran di beberapa kawasan.

Pertubuhan ini ditubuhkan bagi usaha mengelakkan bencana kemanusiaan semakin berleluasa dan berpanjangan. Mereka juga telah memberi amaran kepada pertubuhan-pertubuhan antarabangsa atas krisis yang berlaku untuk mempercepatkan bantuan kepada mereka.

Kempen ini telah dipengerusikan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Organisasi Persidangan Islam (Pertubuhan Ekmeleddin Ihsanoglu (OIC) ) yang akan membuat pertemuan di Istanbul pada 28 Julai untuk mengumumkan kempen kemanusiaan sepanjang bulan Ramadhan. Ia bertujuan untuk menangani masalah yang semakin teruk di negara-negara yang mempunyai rakyat yang terlalu ramai terutama di Somalia. Kenyataan ini telah dipetik dari Agensi France-Presse.

Mesyuarat itu diadakan bagi membincangkan juga beberapa negara seperti Libya, Yaman, Semenanjung Gaza supaya menghentikan pertempuran yang berlaku bagi membolehkan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa memasuki negara Somalia dalam membuat proses menghulurkan bantuan berbentuk bantuan kemanusiaan.

Pertemuan yang berlangsung antara Setiausaha agung dari badan pertubuhan “Kerjasama Islam” dengan Setiausaha Agung Bangsa-bangsa Bersatu, Ban Ki Moon pada satu perjumpaan bagi mengumpulkan tenaga mereka. Jelasnya mereka perlu mengumpulkan wang sebanyak 1.6 juta dolar (RM 4,763,169,999) tanpa melambatkan proses memberi bantuan kemanusiaan.

“Kira-kira 3.7 juta adalah separuh daripada penduduk Somalia telah mengalami krisis makanan,” kata Ban Ki Moon. Krisis kebuluran makanan yang menjejaskan empat wilayah di Somalia adalah Bay, Bakkol, Juba dan Syabila yang terendah di Somalia.

Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Nairobi berkata, mogok lapar lebih daripada 300 ribu orang yang berlaku di dua kawasan di selatan Somalia dapat dikawal oleh pergerakan “mujahidin muda” dua puluh tahun yang lalu. Perkara ini telah digambarkan sebagai krisis makanan paling terburuk di Afrika dan ia dianggap sebagai kemarau Tatherhma.

Pergerakan angkatan muda ini telah dituduh membesar-besarkan kes kebuluran ini oleh PBB. Ia dianggap sengaja mempolitikkan situasi di Somalia. Stesen radio Somalia, Hayebl berkata, Sheikh Mohammed Raji sebagai jurucakap bagi pertubuhan itu berkata : “ Antara organisasi yang dahulunya telah diharamkan daripada beroperasi di kawasan-kawasan di bawah kawalan mereka. Kami tidak akan dibenarkan bekerja kerana dianggap melakukan aktiviti-aktiviti yang mencurigakan.

Pergerakan ini juga dihalang untuk beroperasi di kawasan-kawasan bawah kawalan mereka di Somalia. Ia dilihat sebagai memusushi Islam dan mereka mempunyai agenda politik dengan menjalankan pengintipan.

Menurut PBB, kemarau lebih dari sepuluh juta orang ini adalah paling teruk dalam beberapa dekad di Tanduk Afrika. Kemarau ini juga telah melanda kawasan Djibouti, Ethiopia, Kenya dan Uganda.

Sumber : Mufakkirah Islam

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook