Friday, July 8, 2011

Perarakan Besar Di Tengah Kota Gesa Perbicaraan Ke Atas Mubarak Disegerakan.


KAHERAH
, 8 Julai : Beberapa aktivis dan penunjuk perasaan, telah melakukan perarakan bermula dari Medan Tahrir, melalui jalan Talaat Harb, dan sebahagiannya ke Jalan Sheriff menuju Bab El Louk, untuk menggesa agar perbicaraan bekas Presiden Mohamed Hosni Mubarak dan pemimpin-pemimpin bekas rejim terhadap individu-individu yang mati syahid disegerakan serta-merta.

Penunjuk perasaan Mesir berarak membawa sepanduk yang berbunyi "25 Januari Hari Kebebasan", dan mereka melaungkan beberapa slogan iaitu , "Kami mahu keadilan yang tidak akan berhenti", "Perbicaraan perbicaraan", " Kesusahan bukan perbicaraan", " Siapakah yang melindungi Hosni Mubarak ..Beliau telah lama dilindungi" dan " Samseng dalaman ".

Apa yang menarik perhatian adalah penunjuk perasaan meminta setiap penduduk daripada anjung rumah masing-masing untuk bersama-sama menyertai perarakan sebagaimana perarakan sebelumnya, yang berlaku di Mesir sebelum bekas rejim Husni Mubarak jatuh.

Sumber: Akhbar Youm7

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook