Sunday, July 10, 2011

Selatan Sudan Diiktiraf Negara baru.


JUBA, 10 Julai: Ketua Parlimen Selatan Sudan, James Waani Lgga, telah mengumumkan secara rasmi pengiktirafan Selatan Sudan sebagai sebuah negara baru yang merdeka dengan nombor 193 dalam PBB (Persatuan bangsa-bangsa Bersatu) pada tengah malam semalam.

Bendera Sudan diturunkan dan digantikan dengan bendera negara yang baru yang diselangi dengan sorakan, paluan gendang, dan nasyid.

Selatan Sudan mempunyai ibu negaranya di Juba, dan diiktiraf secara rasmi oleh pemerintah Sudan Utara yang berpusat di Khartoum, beberapa jam sebelum perpisahan rasmi.

Menurut sumber rasmi, pengiystiharan Republik Sudan telah dibacakan secara rasmi oleh Ketua Parlimen Selatan Sudan, James Waani Lgga pada pukul 11.45 waktu tempatan.

Republik baru yang masih belum berkembang tetapi punyai kekayaan minyak yang besar itu mendapat kemerdekaan pada tahun 2005 pada kemuncak perjanjian damai yang menamatkan beberapa krisis perang saudara yang berlaku di antara selatan dengan utara.

Pemerintah Utara Sudan,Umar Hassan Basyir, memaklumkan bahawa beliau menghadiri upacara keraian Republik Sudan baru yang telah diadakan pada hari sabtu, malam semalam.

Beliau menegaskan bahawa mereka sedia untuk menjalinkan kerjasama untuk membentuk negara selatan sudan agar negara tersebut akan stabil dan lebih berkembang.

Dalam perkembangan yang lain, akhbar Youm7 melaporkan bahawa Kementrian Luar Korea Selatan memaklumkan bahawa mereka akan menjalinkan hubungan diplomasi dengan Republik Selatan Sudan sebagai tanda penghargaan dan tahniah di atas pengiktirafan tersebut.


Setelah pembahagian yang berlaku pada tengah malam sabtu tersebut, Republik Sudan (Utara) telah kehilangan sekitar tiga perempat sumber minyaknya, yang terletak di Selatan Sudan, dan menghadapi masa depan dengan gerila di wilayah Darfur dan Kardofan Selatan.

Pengerusi PBB, Ban Ki-Moon menyatakan kepada wartawan pada jumaat lepas keyakinan beliau bahawa Republik Selatan Sudan akan segera bergabung dengan badan global tersebut.

Olahan Sumber: Kompas.Com
Akhbar Youm7

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook