Monday, July 4, 2011

Perdana Menteri Thailand Letak Jawatan


Thailand 4 Julai – Abhisit Vejjajiva, Perdana Menteri Thailand telah membuat keputusan untuk melepaskan jawatannya sebagai Ketua Parti Demokrasi itu, sehari selepas hilangnya kedudukan beliau di tangan pembangkang parti Pheu Thailand yang diketuai oleh Yingluck Shinawatra.

Parti Demokrasi ini telah dikuasai oleh kepimpinan yang berpendidikan Oxford -Abishit selama 46 tahun kelahiran British. Kemenangan hanya 160 kerusi parlimen daripada 500 kerusi, berbanding dengan 265 parti Pheu Thailand, menurut laporan terbaru daripada Suruhanjaya Pilihan Raya.

“Keputusan pilihan raya telah keluar dengan kemenangan yang berpihak pada pembangkang, dan ditambah pula semangat pimpinan yang baik dalam sesebuah organisasi. Oleh itu, saya perlu mengambil tanggungjawab dengan memutuskan untuk meletakkan jawatan dari kepimpinan parti ini.” Abhishit berkata pada hari ini.

Beliau berkata juga, pemilihan dalam berdemokrasi ini bakal mengubah beberapa tampok pimpinan atasan. Mesyuarat agung akan diadakan dalam tempoh 90 hari untuk memilih pengganti.


Yingluck Shinawatra, yang tidak pernah memegang jawatan tertinggi dalam parti, sudah bersedia untuk menjadi wanita pertama di Negara Asia Tenggara sebagai Perdana Menteri.

“Saya tidak mahu berkata kemenangan itu untuk saya dan parti Pheu Thailand, tetapi rakyat telah memberi saya peluang dan saya akan berusaha yang terbaik dan sehabis kemampuan saya untuk rakyat, “ katanya di ibu pejabat parti itu di Bangkok.

Yingluck, adalah saudara perempuan Thaksin Shinawatra, yang pernah dibuang negeri oleh bekas Perdana Menteri. Beliau bekerja di bangunan persekutuan.

Mengundi pada hari Ahad lepas merupakan ujian pertama utama dalam pilihan raya bagi kerajaan Thailand sejak perhimpunan besar-besaran parti pembangkang di Bangkok pada tahun lepas, yang mencetuskan tindakan keras dari ketenteraan sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya 91 orang mati.

Thaksin, yang telah melarikan diri ke Dubai setelah disingkirkan oleh tentera atas tuduhan rasuah dalam rampasan kuasa pada tahun 2006, masih terkenal di kalangan golongan miskin di Negara ini.

Supong Limtanakool, pengerusi Pusat Kajian Strategik Universiti di Bangkok, memberitahu Al Jazeera bahawa kemenangan Yingluck tidak mengejutkan mana-mana pihak kerana kemenangan besar berpihak dikawasan tempat yang mana beliau bertanding.

Supong berkata juga, kekalahan Abhishit disebabkan juga oleh kekurangan minyak masak dan harga makanan yang tinggi.

Perkara ini berlaku juga jelas disebabkan sikap acuh tak acuh kerajaan untuk membela nasib rakyat Thailand semasa, bencana alam baru-baru ini sehingga dapat meraih pandangan rakyat untuk berpihak pada pembangkang pula.

“Ketika penduduk terjejas kerana banjir, tidak ada mana-mana wakil kerajaan yang datang melihat dan memberi bantuan kepada penduduk,” jelas Supong.

Sumber : Al jazeera

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook