Sunday, July 31, 2011

Pengumuman : Ramadhan Pertama Diisytiharkan Pada Tahun Ini Jatuh Pada Hari Isnin

Mufakkirah Islam : Arab Saudi telah mengumumkan hari ini adalah pelengkap bagi bulan Sya’ban dan bulan Ramadhan jatuh pada hari Isnin. Pengumuman ini diumumkan oleh Persatuan Astronomi di Jeddah pada petang Sabtu yang lalu. Fenomena yang berlaku apabila anak bulan kelihatan pada malam Sabtu.

Anggota Persatuan Astronomi Jeddah, Hassan Alkhdidy dalam satu kenyataan semalam, bahawa terbenamnya bulan kelihatan pada pukul 6.42 pagi ketika mana terbitnya matahari pada pukul 7.02 pagi. Ini bermakna perselisihan berlaku kerana anak bulan sukar dilihat kerana debu tebal meliputi awan dan sukar untuk mengesan dan memantau peredaran bulan.

Alkhdidy membuat kenyataan bahawa anak bulan tidak dapat dilihat melalui mata kasar dan teleskop yang ada. Maka, kenyataan ini dibuat mengikut pengawasan dari keadaan peredaran yang berlaku iaitu perlu kepada keputusan dari Presiden Arab Saudi sendiri untuk mengumumkan Ramadhan yang pertama bagi seluruh umat Islam untuk menunaikan puasa fardhu.

Mufti Mesir telah mengisytiharkan fatwa bahawa hari Ahad adalah pelengkap bagi bulan Sya’ban dan hari Isnin adalah hari pertama Ramadhan. Kenyataan Mufti Mesir dalam fatwanya : Darul Ifta’ Mesir telah meneliti pada petang Sabtu bahawa bulan sabit untuk bulan Ramadhan pada tahun 1432 hijrah ini telah kelihatan selepas terbenamnya matahari pada hari Sabtu, 27 Sya’ban 1432 hijrah ( 30 Julai 2011). Kenyataan ini juga telah disepakati dari seluruh pihak jawatankuasa negara dan ahli saintifik di seluruh kawasan yang berdekatan.

Kenyataan itu juga menerangkan bahawa kenyataan ini telah disepakati dan telah disahkan oleh Undang-Undang Pengkajian Bulan Sabit dalam mengisytiharkan bulan ramadhan pada tahun 1432 hijrah ini. Pengisytiharaan Isnin adalah 1 Ramadhan telah disepakati juga dari negara Islam yang lain seperti Jordan, Qatar, Yaman, Lebanon dan negara Islam yang lain.

Kerajaan Arab Saudi meminta Mahkamah Agung untuk melihat anak bulan pada malam Ramadhan dan meminta untuk mengkhabarkan pada mahkamah yang terdekat. Beliau juga menggesa supaya keputusan kesahihan anak bulan Ramadhan yang ditugaskan oleh pihak yang bertanggungjawab untuk melihat anak bulan melalui mata kasar mahupun melalui teleskop untuk memaklumkan kepada Mahkamah Agung dengan segera.

Di Kaherah Mesir, Mufti Mesir telah membuat majlis rasmi untuk mengisytiharkan bulan Ramadhan dan sempena sambutan melihat anak bulan. Majlis sambutan melihat anak bulan telah dibuat di Grand Conference Center Al-Azhar di Nasr City. Menurut Agensi Berita Timur Tengah bahawa beliau akan mengumumkan keputusan visi kesahihan dari jawatankuasa saintifik yang dipertanggungjawabkan untuk melihat kesahihan anak bulan ini.

Di Doha pula, Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam menggesa kepada semua mat Islam untuk melihat anak bulan pada malam Ramadhan. Jawatankuasa yang ditugas untuk melihat anak bulan telah mengadakan mesyuarat seterusnya memberi keterangan di ibu pejabat Kemeterian Wakaf dan Hal Ehwal Islam Doha.

Dilaporkan juga dari negara Islam yang lain seperti di Bahrain dan Tunisia yang telah menjadualkan pada hari Isnin adalah 1 Ramadhan 1432. Kenyataan ini telah disepakati selepas setiap ahli saintis, dan astronomi di setiap negara memantau penglihatan anak bulan di bulan ramadhan.

Agensi Akhbar Mufakkirah Islam mengucapkan tahniah kepada seluruh negara arab dan seluruh umat Islam bersempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini. Kedatangan bulan Ramadhan kali ini moga membawa rahmat dari Allah S.W.T dan memberkati seluruh umat Islam di dunia ini.

Sumber di olah : Mufakkirah Islam

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook