Sunday, July 31, 2011

Terjemahan Serentak Bahasa Inggeris Dan Perancis Untuk “Tarawih” Di Makkah Dan Madinah

Al-Mokhtsar - Kira-kira 40 saluran dari seluruh dunia akan mensiarkan siaran langsung solat tarawih dari Makkah dengan terjemahan di dalam bahasa Inggeris dan di Masjidil haram dengan terjemahan dalam bahasa Perancis. Siaran langsung ini akan diterjemahkan melaui bacaan-bacaan ayat suci Al-Quran dan hadis Nabi S.A.W.

Tujuan terjemahan ayat Al-Quran ini dibuat adalah untuk menyampaikan makna ayat Al-Quran secara terperinci kepada umat Islam mahupun orang yang bukan Islam dari pelusuk negara juga. Terjemahan ini mampu meningkatkan lagi pengetahuan dan mempertingkatkan keyakinan mereka bahawa agama Islam adalah agama yang benar. Sebagai tambahan juga, ayat Al-quran ini mampu disampaikan dengan jelas dan secara terperincinya serta dapat difahami oleh setiap lapisan umum.

Pasukan penterjemahan sudah memulakan langkah-langkah persediaan untuk melengkapkan lagi teknikal dan latihan dalam memulakan tugasan memberi penerangan. Manakala pelbagai program telah ditambah melalui program dalam komputer untuk memastikan sistem kemodenan dipergunakan dengan sebaiknya.

Sumber diolah dari : Al Mokhtsar

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook