Thursday, June 2, 2011

Tunisia- Perkembangan Baik, 81 parti Baru Diiktiraf


Tunisia-Kementerian Dalam Negeri kerajaan sementara Tunisia minggu ini telah mengumumkan sebanyak 81 buah parti telah diikitraf dengan penambahan beberapa puluh buah parti baru.

Sumber menyatakan perkara demikian sebagai perkembangan baik selepas kejatuhan regim Ben Ali semenjak Januari lalu apabila berlaku permohonan sebanyak 100 permohonan untuk pendaftaran parti.

Beji Caid Essebsi

Mengulas lanjut perkembangan baik ini, sebelum ini hanya 8buah parti sahaja yang telah diluluskan oleh kerajaan regim Ben Ali berbanding sekarang. Negara Tunisia yang sedang melakukan transformasi selepas revolusi yang berlaku kini dipimpin oleh Perdana Menteri Beji Caid Essebsi.

Dalam perkembangan lain pula, kerajaan Qatar juga menyambut perubahan baik Tunisia apabila membekukan wang serta aset Ben Ali dan keluarganya yang berada di Qatar. Langkah ini dilakukan selepas menerima keputusan dari Kementerian Dalam Negeri kerajaan sementara Tunisia untuk dibekukan aset bekas Presiden Tunisia atas jenayah serta penyelewengan yang telah dilakukan setelah mendapat tampuk pemerintahan.


Disunting dan diolah: al-Arabiya.net

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook