Wednesday, June 1, 2011

Kerjasama Pertubuhan Persidangan Islam Untuk Bantuan Rakyat Somalia


1 Jun 2011 – Pertubuhan Liga Muslim Sedunia bersedia untuk bekerjasama dengan Pertubuhan Persidangan Islam dalam memberikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Somalia serta meringankan bebanan yang mereka alami selama ini.

Menurut sumber lain, penderitaan yang dialamai oleh penduduk di Somalia adalah kerana kekeringan dan kelaparan yang berlaku disebabkan fenomena cuaca. Kemarau yang berpanjangan menyebabkan kekeringan meluas sehingga penduduk terpaksa menanggung penderitaan dengan kurangnya sumber makanan dan minuman serta tiada hasil tanaman yang sekurang-kurangnya dapat membantu mereka untuk hidup.

Keadaan ini telah dibincangkan di dalam pertemuan antara Setiausaha Agung Suruhanjaya, Dr Adnan Khalil Basha bersama Dr Atta Al-Mannan Bakhit, seorang pengarah politik yang membuat hubungan Kerjasama Antarabangsa dan Hal Kemanusiaan dengan Pertubuhan Persidangan Islam semalam.

Dr Adnan Khalil Basha juga bersedia untuk berkerjasama dengan Pertubuhan Persidangan Islam dan pertubuhan yang lain bagi mengatasi permasalahan yang berlaku di Somalia. Mereka akan menyediakan beberapa bantuan berbentuk makanan, perkhidmatan kesihatan dan air melalui pelbagai sumber dari beberapa daerah yang berpengaruh.

Dalam pertemuan itu juga, Dr Atta menerangkan secara terperinci tentang penderitaan rakyat Somalia dan tragedi yang mengelilingi kehidupan mereka selama ini. Pertubuhan ini dibuat untuk melaksanakan satu organisasi bantuan kemanusiaan yang bekerja sepenuhnya di bidang kemanusiaan di Somalia.

Sumber : islamemo

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook