
Sumber tempatan melaporkan, lebih dari 200 warga terpaksa meninggalkan rumah mereka. kebanyakan mereka berasal dari daerah Tubas dan bekerja sebagai pengembala kambing di daerah itu. Mereka meninggalkan rumah mereka sejurus selepas mendapat ancaman terus dari tentera Zionis yang mengepung daerah tersebut dan menghalang sesiapa untuk masuk ke sana.
"Sejak malam semalam, penduduk wilayah ini menyaksikan artileri tentera dan peralatan mesin berat dibawa masuk ke wilayah itu. Wilayah itu dianggap sesuai untuk latihan ketenteraan Israel kerana menyerupai rupa bumi yang berbatu batan di selatan Lebanon." Kenyataan Ketua Dewan Desa Irza, Mukhlis Massaeid.
Dia menambah, penduduk daerah tersebut terus-menerus menderita akibat dari peluru-peluru berterbangan dari tentera Israel yang mengepung daerah tersebut dengan 3 kem militari tentera Israel. Disebabkan pengepungan itu, sejumlah penduduk Khirbet Irza terbunuh dan cedera.
Tegas Massaeid, penduduk Khirbet Irza akan kembali semula ke daerah tersebut dan tidak akan tunduk kepada keputusan pasukan pendudukan Zionis Israel yang berusaha mengusir mereka sejak tentera Israel menduduki Tebing Barat pada tahun 1967.
Olahan sumber: Satu Umat
0 comments:
Post a Comment