Thursday, June 2, 2011

SYEIKH AZHAR JELASKAN MAKSUD SEBENAR JIHAD KEPADA DELIGASI PARLIMEN INGGERIS

2 Jun, Mesir: Pemimpin Universiti Al-Azhar berupaya memertahankan prinsip sebenar Jihad dalam Islam berdasarkan keadaan-kaedaan tertentu, pandangannya tersebut disampaikan kepada anggota deligasi parlimen Inggeris yang mengunjungi Mesir.

"Jihad untuk membela keadilan adalah sah dalam Islam," kata Syeikh Ahmad Thayyib kepada anggota deligasi dari parlimen Inggeris pada Rabu semalam. "Tapi menggunakan Jihad dalam bentuk untuk memaksa orang lain masuk islam adalah dilarang sama sekali," tegasnya lagi.

Syeikh Ahmad Thayyib menambah, Islam mengakui agama-agama terdahulu yang wujud.

Deligasi Inggeris menyatakan bahawa kenyataan Syeikh Ahmad Thayyib mencerminkan ciri-ciri kesederhanaan dalam pemahaman Islam. Mereka juga mempelawa Syeikh Ahmad Thayyib untuk mengunjungi Inggeris.

Olahan sumber: Eramuslim

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook