Thursday, June 2, 2011

POLIS INDIA BUNUH 20 MUSLIM KASHMIR SEPANJANG MEI 2011

2 Jun, Srinagar: Dalam operasi ketenteraan yang dilakukan polis India untuk memerangi "terorisme" di wilayah Kashmir yang menjadi perebutan antara India dan Pakistan, sekurang-kurangnya 20 penduduk Kashmir muslim yang tidak bersalah terkorban, termasuk 4 wanita sepanjang Mei semalam.

Menurut maklumat yang dikeluarkan Bahagian Penyelidikan, Kashmir Media Service, dalam masa sebulan polis India dan anggota tentera menggunakan kekerasan terhadap peserta demonstrasi aman serata tempat di Kashmir mengakibatkan 14 orang mengalami luka serius. 74 dewasa, sebahagian besar remaja ditangkap dan dipenjara. Sementara itu, 12 rumah dimusnahkan dan 3 muslimah Kashmir dicabul.

Dalam peristiwa lain, seorang polis India menembak dirinya sendiri menggunakan senjata yang dimilikinya di kem tentera di daerah Samba. Motif membunuh diri belum dikenal pasti.

Olahan sumber: Satu Umat

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook