Wednesday, June 8, 2011

SYARIKAT INGGERIS MENCIPTA JAM PENUNJUK WAKTU SOLAT


8 Jun : Syarikat pembuat jam, Smith of Derby menjadikan waktu solat umat islam sebagai usaha dan peluang baik mereka. SYarikat Inggeris yang menghasilkan jam-jam mewah itu mencipta sebuah jam analog dengan rekaan khusus yang akan menunjukkan lima waktu solat wajib.


Waktu solat sering berubah-ubah selaras dengan peredaran bumi dan posisi matahari, jam tersebut boleh memperbaharui dan menyusun semula ulang tanda waktu solat secara automatik pada tengah malam. Jam canggih ini diprogramkan untuk jangka waktu selama 100 tahun. Syarikat itu akan membuat cip baru untuk program semula setelah waktu 100 tahun tamat.

"Sebagai syarikat, pengetahuan kami sudah dinilai. Kami melihat komuniti Islam dan memikirkan ape yang kami mampu lakukan," kata Bob Betts, pengarah Smith of Derby.

Masyarakat kelas menengah dan ke atas adalah sasaran jualan prudok jam ini. Abu Dhabi adalah negara pertama jam tersebut akan dipasarkan. Tambahan lagi, jam bertatah emas berharga 20,000 poundsterling ini akan dipasarkan ke negara-negara Teluk yang kaya sebagai pasaran berpotensi.

Dengan rekaan klasik, jam ciptaan Inggeris itu diperuntukkan untuk dipasang di masjid-masjid, tempat awam atau rumah peribadi. Sekarang, jam tersebut sedang dipromosikan di Emirat Arab Bersatu dan Arab Saudi.

Dengan menggabungkan seni dengan agama, Smith of Derby adalah syarikat keluarga yang telah mencipta dan menjual produk jam mewah mereka di pasaran Timur Tengah selama 40 tahun. Syarikat yang mencipta dan menghasilkan jam itu bermula sejak tahun 1856. Rekaan jam mereka berada di ribuan gereja di United Kingdom, antara lain di gereja St. Paul dan gereja-gereja katedral gabungan syarikat tersebut.

Sumber diolah: Eramuslim

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook