Thursday, June 9, 2011

ATLET MUSLIMAH DILARANG JILBAB


Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad menegaskan bahawa FIFA adalah diktator dan
penjajah, kerana tindakan FIFA tidak membenarkan pasukan bola sepak perempuan
Iran bertanding di dalam perlawanan kelayakan Olimpik 2012, atas alasan memakai
jilbab.

"Mereka (FIFA) adalah diktator dan penjajah yang ingin memaksakan gaya hidup
mereka kepada orang lain. Kami akan berdepan dengan mereka yang melaksanakan
dasar buruk ini. Kami akan membela hak anak-anak perempuan kami," tegas
Ahmadinejad.

Ahmadinejad berhak berang, karena FIFA bersikap diskriminasi terhadap atlet
muslimah yang berjilbab, bukan sekali FIFA membatalkan dan tidak membenarkan
pasukan bola sepak perempuan Iran kerana masalah jilbab.

"Para pemain dan pelatih tidak boleh menampakkan kesan-kesan politik, keagamaan,
komersial mahupun kesan peribadi, atau slogan dalam bahasa dan dalam bentuk
apapun dalam permainan juga kelengkapan pasukan mereka," demikian kenyataan
FIFA.

Pada April 2010,persatuan bola sepak dunia itu pernah mengumumkan larangan
jilbab dan busana agama selama perjalanan Olimpik 2012. Untuk memenuhi
persyaratan FIFA, pasukan bola sepak perempuan Iran menyesuaikan seragam
mereka, terutama jilbabnya dengan rekaan khusus.

Menurut Ketua Urusan Perempuan bola sepak Iran, Farideh Shojaei, tidak ada
masalah dengan pakaian baru jilbab tersebut dan pasukan bola sepak perempuan
Iran masih dibolehkan bertanding. "Itu bermakna, tidak ada masalah dan kami
boleh menyertai perlawanan Olimpik," kata Shojaei.

Tetapi akhirnya FIFA menyatakan seragam pakaian pasukan bola sepak perempuan
Iran menyalahi peraturan FIFA karena para pemainnya memakai jilbab. Kakitangan
di persekutuan bola sepak Iran menilai larangan jilbab yang diputuskan FIFA
adalah penghinaan terhadap dunia Islam, kerana jilbab dalam Islam merupakan
kewajiban bagi setiap muslimah.

Olahan sumber: Eramuslim

1 comments:

fauzi amir gus said...

titah & perintah Islam wajib dipertahankan

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook