Thursday, June 9, 2011

Sempadan Turki Dibuka Untuk Rakyat Syria

Syria 9 Jun 2011 - Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan telah mengatakan pada hari Selasa yang lalu, sempadan Turki dan Syria akan terus dibuka untuk kemasukan warga Syria yang melarikan diri dari pertempuran dan pergolakan yang sedang berlaku di Negara tersebut.

Dipetik dari berita agensi Anatolia, Erdogan telah berkata “ Apa yang berlaku di Syria amat menyedihkan dan kami akan berusaha mengawasi keadaan tersebut dengan cermat dan berjaga-jaga.

Perkara ini telah menunjukkan bahawa keprihatinan kami semakin meningkat, dan saya berharap kerajaan Syria akan lebih bertolak ansur terhadap orang awam, dan melakukan pembaikan untuk kepuasan rakyat seterusnya membuka ruang perubahan di Syria”.

Seramai 122 orang rakyat Syria telah mengosongkan bandar Syria untuk melarikan diri ke Turki semalam. Menurut laporan yang lalu, Kementerian Luar Negeri Turki telah membantah tuduhan pembangkang Syria yang mengatakan bahawa cubaan melarikan diri oleh rakyat Syria disebabkan penekanan rejim penunjuk perasaan terhadap pemerintahannya.

Seorang pegawai kementerian ada mengatakan, beberapa ahli keluarga dari rakyat Syria membawa diri mereka yang tercedera ke Turki dan menunggu di kawasan sempadan untuk menerima rawatan. Menurut pendapat beliau, mereka ini akan dipandang serong oleh rakyat tempatan kerana memasuki negara Turki tanpa passport perjalanan yang sah walaupun perjanjian telah memperakui bahawa mereka berhak masuk kedua-dua negara tanpa perlu kepada visa.

Hasil dari sumber diplomasi yang dilakukan, ada mengatakan kepada media bahawa sekitar 259 pelarian dari Syria telah masuk ke Turki dan diantara mereka sekurang-kurangnya 35 orang yang menerima rawatan di hospital.

Sejak Mac lalu, rakyat Syria telah mengadakan demonstrasi menuntut perubahan. Kumpulan hak asasi manusia ada mengatakan bahawasanya, perkara ini berlaku disebabkan terlalu ramai rakyat Syria yang dan terkoban mengakibatkan lebih dari seribu orang yang terbunuh dan beratus-ratus mengalami kecederaan, termasuk anggota pasukan tentera dan keselamatan.

Sumber : Islammemo

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook