Friday, June 17, 2011

Kemarau: 90 000 Hektar Tanah Paya Lembah Kalsel Diusahakan


BANJARMASIN-HICOM, 16 Jun: Lebih daripada 90 000 Hektar kawasan pertanian paya lembah di sejumlah wilayah Kalimantan dapat diusahakan tanaman apabila musim kemarau menjelang. Tahun sebelumnya, lebih 38 000 kawasan lembah itu gagal diusahakan akibat banjir.


Ketua perkhidmatan tanaman makanan Kalimantan Selatan (Kalsel), Yohanes Sriyono, pada hari khamis 16 Jun, di Banjarmasin mengatakan bahawa tanah paya tersebut berada di daerah Hulu Sungai Utara dan Hulu Sungai Selatan.

Menurut beliau, para petani di dua daerah tersebut sedang melakukan persiapan tanaman di tanah paya lembah. Dengan penanaman di tanah tersebut, penghasilan makanan Kalimantan Selatan akan meningkat setelah mengalami kejatuan.

Sepanjang tahun 2010, seluas 38 000 hektar daripada 90 000 hektar sawah di tanah paya lembah tidak dapat ditanam kerana banjir. Kegagalan untuk mengusahakan tanaman juga berlaku di sejumlah wilayah yang lain akibat pengaruh iklim yang tidak normal.

Penghasilan padi Kalimantan Selatan sepanjang tahun lalu hanya 1940 juta tan beras kering cincang daripada target yang ditetapkan oleh pemerintah daerah iaitu 2,1 juta tan. Sementara itu, pada tahun ini sehingga jun penghasilan sudah mencapai 560 000 tan gkg atau 27 peratus daripada target dengan kawasan tanaman yang dituai di kawasan seluas lebih kurang 130 000 hektar.

Sumber: Media Indonesia

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook