Friday, June 17, 2011

Muammar Ghaddafi menawarkan Pilihanraya untuk mengakhiri Krisis di Libya.

LIBYA , 17 Jun-Muammar Ghaddafi, Seif al-Islam (Putera Sulung Ghaddafi) mencadangkan Pilihanraya umum diadakan di Libya.Tujuan beliau menyeru mengadakan pilihanraya ini adalahbertujuan untuk mengakhiri konflik yang berlaku di negara tersebut.


Seif al-Islam mengatakan "Pilihanraya merupakan satu-satunya cara untuk keluar dari konflik yang berlaku di Libya walaupun ianya merupakan cara yang amat menyakitkan."beliau berkata melalui sebuah wawancara surat khabar Italia Corriere della Sera di ibukota Tripoli pada 16/6/2011 (Khamis).

Ujar beliau lagi,"Kami boleh menahan menahan mereka dalam masa tiga bulan sahaja.Paling tidak, berkemungkinan sehingga akhir tahun dan jaminan ketelusan pilihanraya boleh mendatangkan pemerhati antarabangsa ".

Beliau menambahkan bahawa pilihan raya dapat dikawal oleh Uni Eropah atau Uni Afrika, PBB, bahkan NATO juga.

Muammar Ghaddafi juga amat yakin kemenangan akan berpihak kepada ayahnya, Ghaddafi dalam undian pilihanraya tersebut."Yang penting adalah kami memiliki suara yang bersih. Dunia akan melihat kehebatan dan porpulernya Gaddafi di negaranya," tegas Seif al-Islam.

Puluhan pegawai Libya telah meninggalkan negara itu sejak Februari lalu ketika sebuah pemberontakan rakyat melawan kediktatoran Gaddafi bermula.

Olahan sumber: Era Muslim.

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook