Monday, June 6, 2011

RUSIA BAKAL JADI NEGARA ISLAM?


6 Jun: Menurut Paul Goble, seorang pengkaji yang melakukan kajian secara khusus terhadap etnik minoriti di negara Rusia, beberapa dekad akan datang, Rusia akan muncul menjadi sebuah negara Islam majoriti. Sehingga kini, umat islam di seluruh Rusia berjumlah 16 juta orang, bayangkan!

Di sebalik berita baik ini, Negara yang mendapat julukan nama si Beruang Merah menghadapi masalah buruk iaitu penurunan penduduk yang drastik. Para ahli politik dan pembuat dasar Rusia menjadi "pening" melihat kecenderungan penurunan drastik populasi penduduk di Rusia.

Presiden Vladimir Putin menyeru kepada semua wanita di Rusia untuk menambah anak lagi. Pengkaji demografi meramalkan populasi Rusia akan menurun secara drastik dari 143 juta orang menjadi 100 juta orang pada tahun 2050.




Situasi dan perkembangan ini mengejutkan para pemimpin Rusia dan Barat. Para analisis mengandaikan dengan penurunan populasi penduduk Rusia, umat islam akan menjadi kelompok majoroti di Rusia. Kurang dari lima dekad akan datang Rusia akan menjadi sebuah negara Islam dan mempunyai penduduk Islam majoriti.

Peningkatan pertumbuhan penduduk Islam sejak tahun 1989, melihat kecenderungan semua kelompok etnik, dianggarkan sebanyak 40 hingga 50 peratus. Ketika ini Rusia memiliki 8000 masjid berbanding 15 tahun lalu, hanya 300 masjid sahaja di seluruh Rusia.


Menurut Statistik, jumlah masjid di seluruh Rusia akan meningkat drastik sebanyak 25000 akhir 2015. Statistik ini menakutkan banyak etnik lain di Rusia yang fobia dengan islam dan selalu dikaitkan dengan perang dan terorisme. Seperti terjadinya konflik bersenjata antara pasukan keselamatan Rusia dengan pejuang kelompok Chechnya. Juga majoroti muslim di wilayah Kaukakus. Namun kebimbangan menjadi surut dengan perubahan yang berlaku, terutama di kalangan penduduk muslim dan pemimpin yang semakin maju.

Menghadapi jumlah populasi penduduk Rusia yang mengalami penurunan terus menerus, Presiden Rusia Vladimir Putin menawarkan insentif kepada wanita yang akan menambah anak lagi.

Olahan sumber: Satu Umat

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook