Wednesday, June 8, 2011

Kecelakaan Kapal Martisah: 29 Terkorban, 4 hilang.

KALIMANTAN, 8 Jun- Media Indonesia hari ini melaporkan sekurang-kurangnya sudah 29 orang terkorban dan 4 orang masih hilang di dalam kecelakaan kapal Martisah yang tenggelam di perairan Tanjung Dewa, Kabupaten Kotabaru, Kalimantan Selatan.

"Sehingga petang selasa, angka kematian telah mencecah 28 orang dan sehingga ke hari ini, gerakan mencari masih diteruskan", lapor Ketua perhubungan Kotabaru M Riduansyah semalam.

"Daripada jumlah 105 penumpang, 73 orang dilaporkan selamat, dan penumpang yang masih dicari adalah seramai 4 orang", ujar beliau lagi.

"Kecelakaan tersebut selain disebabkan oleh cuaca yang buruk, ia jugak berkaitan dengan lebihan muatan. Namun, soal pelayaran, itu adalah soal teknikal, dan setakat ini masih diselidiki puncanya selain punca cuaca", beliau menambah.

Dalam perkembangan lain, wakil ketua Polres Kotabaru Komisari Kaswandi Irwan mengatakan bahawa telah menahan menahan nahkoda dan 3 anak buah kapal Martisah untuk kepentingan penyelidikan.

Pasukan penyelamat juga telah menemukan 2 lagi mangsa terbaru hari ini di perairan Tanjung Pangga dan sekitar lokasi kejadian.

Kapal Martisah tenggelam akibat hentaman gelombang tinggi dan angin kencang di perairan Tanjung Dewa dalam perjalanan dati Pelabuhan Panjang kotabaru menuju ke Pelabuhan Geronggang, pada hari isnin, 6 Jun 2011.

Olahan sumber: Media Indonesia

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook