Sunday, June 5, 2011

Isu 6 Mahasiswa KUIN : PMRAM Bersimpati

Isu mahasiswa yang membabitkan 6 mahasiswa KUIN yang dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak pentadbiran mendapat tumpuan pihak PMRAM di Mesir. PMRAM melahirkan rasa simpati ke atas apa yang berlaku kepada 6 mahasiswa tersebut iaituSaudara Mohd Faiz Arshad, Saudara Mohd Aiman Ab RAzab, Saudara Ahmad Remy Md Arof, Saudara Mohd Farhan Baharin, Saudara Zukhilatif Marzukhi dan Saudara Mohd Azlan Mat Zain.

Bagi PMRAM tindakan yang dikenakan adalah berat bahkan agak melulu sebelum dibicarakan dengan lebih telus dan memberikan ruang yang secukupnya kepada 6 mahasiswa terbabit membela diri. Tindakan menggantung semester secara tidak langsung akan memberikan implikasi yang besar terhadap akademik mahasiswa tersebut.

Pihak pentadbiran sewajarnya melalui prosedur yang terbaik dalam menjatuhkan sesuatu tindakan tatatertib ke atas mahasiswa. Apa yang penting ialah pengajaran bukan sehingga menyebabkan kemudharatan. Sebab itu, PMRAM melihat keputusan tindakan tersebut agar dikaji semula dan dibincangkan secara serius dan teliti.

Sehubungan itu juga, isu ini sedikit sebanyak telah menjejaskan imej KUIN di peringkat Malaysia. Justeru, PMRAM menyarankan agar pihak kerajaan negeri perlu pendekatan yang baik berhubung penyelesaian antara pihak pentadbiran dan mahasiswa yang terlibat.

Bahkan, PMRAM berpendirian hak mahasiswa dalam menyuarakan dalam apa jua isu tidak patut disekat apatah lagi dikenakan tindakan. Hal ini kerana suara mahasiswa adalah suara yang didengari oleh masyarakat dan ia merupakan tempoh matang dalam menjadi pimpinan kelak. Sekiranya setiap kali isu berhubung mahasiswa mahu menyatakan suara mereka ini disekat, ia akan membantut proses kematangan yang mana mahasiswa kini merupakan pemimpin masa depan.

Syeikh Mujahid bin Sikh Nawawi
Naib Presiden III,
Ketua Lajnah Kebajikan Dan Kemanusiaan
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2011

Sumber: PMRAM

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook