Saturday, June 4, 2011

PELAJAR MESIR BERUSIA 10 TAHUN DITUDUH HASUT PEMBERONTAKAN DI KUWAIT

4 Jun, Kuwait: Sumber dari akhbar terkemuka Kuwait pada Jumaat 3/6/2011, sebuah sekolah di Kuwait dilaporkan mengusir seorang pelajar mereka yang berbangsa Mesir berumur 10 tahun di atas tuduhan menghasut sentimen revolusi.

Sumber akhbar Kuwait Al-Rai melaporkan bahawa seorang guru telah menuduh seorang pelajar berusia 10 tahun menghasut pemberontakan di negara Kuwait yang kaya dengan hasil minyak dan membuang pelajar kelas lima itu dari sekolah tersebut.

Akhbar itu melaporkan guru tersebut memutuskan untuk memberhentikan Bassem Fathy dari sekolah Al-Shay sejurus selepas ia menyanyakan soalan "Mengapa anda tidak membuat revolusi di negara anda?".

Laporan akhbar menambah, ayah pelajar itu mengemukakan aduan kepada pentadbiran sekolah, tetapi pihak sekolah mengatakan pembuangan itu diputuskan kerana ia telah menghasut pemberontakan di Kuwait.

Ayah pelajar itu juga telah mengemukakan aduan kepada Jabatan Pendidikan Kuwait, tetapi belum menerima sebarang maklum balas.

Puluhan ribu warga mesir yang bekerja di kuwait, menghulurkan bantuan kewangan yang benilai pada bulan Januari lalu, dalam usaha untuk mencegah rusuhan seperti yang melanda di seluruh negara Arab timur tengah.

Olahan sumber: Eramuslim

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook