Saturday, June 4, 2011

MOSSAD: IKHWANUL MUSLIMIN LEBIH BAHAYA DARI NUKLEAR IRAN


3 Jun: Beberapa bekas pegawai bahagian siasatan Israel Mossad, perwira tentera dan penganalisis strategi Israel memberi peringatan bahawa bahaya besar sekiranya sayap Ikhwanul Muslimin berjaya memenangi pilihanraya dan menguasai pemerintahan Mesir.

Sumber berita akhbar Israel, mengutip kenyataan dari pegawai tinggi mereka, Israel menganggap bahawa bahaya Ikhwanul Muslimin jauh lebih besar daripada kemungkinan berhasilnya Iran menguasai senjata nuklear mereka.

Para pegawai tinggi ketenteraan dan badan keamanan Israel mengingatkan lagi peluang dan kemungkinan besar bagi Ikhwanul Muslimin untuk mendapatkan kerusi kekuasaan di Mesir. Pasca revolusi 25 Januari memberitahu Ikhwanul Muslimin adalah gerakan, organisasi dan unsur politik terbesar dan terkuat di Mesir.

Kekuatan Ikhwanul Muslimin terserlah setelah beberapa anggota Ikhwanul Muslimin mewujudkan sebuah parti, iaitu Parti Keadilan dan Kemerdekaan( Hizb al-A`dalah wa al-Hurriyyah ) yang bersifat terbuka,nasionalis dan demokratik. Strategi ini menjadikan parti Ikhwanul Muslimin semakin berpeluang untuk melontarkan lebih banyak suara. Wakil ketua umum parti sendiri adalah seorang kristian.

Olahan sumber: satu Umat

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook