Saturday, May 14, 2011

Revolusi Tanah Arab- Isu Palestin Jangan Diabaikan

al Qaradaghi


14 Mei, Riyadh- Setiausaha Ikatan Ulama Muslim Antarabangsa Syeikh Doktor Ali Muhyiddin al Qaradaghi menyeru hari ini kepada seluruh umat Islam dan masyarakat Arab tidak melupakan isu Palestin.

Berkata beliau, kesibukan masyarakat Arab membahaskan mengenai revolusi yang sedang melanda dunia Arab di media tidaklah wajar untuk kita berpaling meninggalkan isu umat Islam di Palestin.

Demonstrasi di Libya yang masih belum menemui kemenangan apabila ada campur tangan Barat

Tambahan beliau ketika mengulas keadaan ini di laman rasmi Ikatan Ulama bahawa isu Palestin perlulah sentiasa berlegar dikalangan umat Islam samada mengenai isu dalaman dan luaran Palestin. Terutama sekali mengenai pembaikan yang dicapai antara 2 gerakan di sana FATAH dan HAMAS.

HAMAS dan FATAH berdamai demi kesejahteraan Palestin


Beliau menekankan juga bahawasanya kepentingan untuk kita sentiasa beringat mengenai proses pengyahudian sentiasa berjalan dan ianya memberi impak yang cukup besar kepada dua aspek utama.


Pertamanya mengenai kependudukan Yahudi di Palestin dan keduanya mengenai undang-undang Rasisme pada hak penduduk Palestin terutamanya dibandar suci Alquds. Ianya cukup menindas sehinggakan azan tidak boleh dikumandangkan kerana bimbang ianya akan menyentuh sentimen masyarakat Yahudi.


Beliau juga memberi penekanan bahawa masa depan dunia akan aman dengan agama Islam dan umatnya. Semua ini akan terhasil apabila gabungan gerak kerja yang tekun dan ikhlas dalam melakukan pembaikan yang menyeluruh samada aspek politik, ekonomi, kemasyarakatan dan perkembangan penerangan mengenai Islam yang jelas.


Disunting dari: Ikatan Ulama Muslim Antarabangsa

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook