Tuesday, May 17, 2011

Akhbar Mesir : Mubarak akan mohon maaf bagi dirinya dan keluarganya.

17 Mei 2011, Makkah - Surat khabar Mesir yang berautonomi “Al-Syuruuq” melaporkan bahawa bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak, kembali untuk terus meminta maaf kepada masyarakat Mesir dan memohon kemaafaan daripada mereka. Dan beliau menghantar laporan, yang telah diterbitkan pada Selasa, menurut sumber rasmi Mesir dan Arab.

"Mubarak bercakap pada siaran pidato saluran Mesir dan Arab, meminta maaf atas nama dirinya sendiri dan keluarganya kepada masyarakat Mesir untuk setiap kesalahan yang telah mereka lakukan berkaitan hak rakyat Mesir"

Mubarak juga meminta maaf, menurut sumber akhbar, tentang "Segala sikapnya yang telah dilakukan dan segala maklumat yang palsu dan salah yang disampaikan melalui penasihatnya."

Akhbar "Al-Syuruuq" juga melaporkan dalam laporannya bahawa bekas presiden sudah bersedia untuk menyerahkan hak miliknya kepada Negara, bahkan mempertimbangkan majlis tentera kehakiman dalam permohonannya untuk pengampunan.

Akhbar merekodkan daripada sumber tentera mengenai beberapa pihak Arab dan Mesir berkaitan permohonan terkini tersebut untuk memohon maaf sebagai "Mubarak dalam kerangka undang-undang boleh diterima."

Penyelesaian akan dicari terhadap permohonan pengampunan Mubarak dan isteri serta dua anaknya, yang sedang ditahan di penjara Tora, namun sumber mengatakan kepada akhbar bahawa lingkungan pengampunan terhadap dua putera Mubarak adalah perkara yang jauh daripada kemungkinan.

Isteri Mubarak, telah berjanji pada hari Isnin, untuk menyerahkan akaunnya di Bnkyin, dan villa mewah di Kaherah, seperti yang dilaporkan laporan terdahulu bahawa Suzan Mubarak telah berjanji untuk menyerahkan wang sekitar $ 3 juta.

Bekas presiden Mesir dan isterinya Susan kini sedang ditahan di sebuah rumah sakit di Sharm el-Sheikh selepas serangan jantung ketika soal siasat atas tuduhan rasuah kewangan dan pembunuhan terhadap pemberontak selama revolusi Mesir.

Olahan Sumber: Berita Maktoob

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook