Sunday, May 22, 2011

Hari pengadilan bagi pembunuhan 2 pegawai polis Bahrain


22 Mei, Bahrain:Mahkamah Tinggi Tentera Manama hari ini mengeluarkan keputusan akhir berkenaan kes terhadap peserta demonstrasi yang dituduh membunuh 2 pegawai polis dalam protes di Bahrain baru-baru ini.

Mahkamah memutuskan 7 peserta demonstrasi yang dituduh,5 daripadanya akan dijatuhkan hukuman mati pada akhir bulan ini manakala 2 lagi dipenjarakan seumur hidup.

Hukuman mati terhadap 7 peserta demonstrasi yang mengakibatkan keselamatan dan ketenangan beberapa daerah di bahrain menjadi tegang ekoran daripada keputusan yang dikeluarkan mahkamah tersebut.

Parti pembangkang di Bahrain memberi amaran kepada kerajaan bahawa hukuman mati tersebut akan menyulitkan lagi situasi di Bahrain,negara yang terhormat. Pertubuhan hak asasi manusia menzahirkan keprihatinan mereka dan meminta mahkamah tentera Manama supaya menarik balik keputusan tersebut.

Olahan sumber: Al-Jazeera

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook