Sunday, May 22, 2011

TANAH RUNTUH : PMRAM TURUT SIMPATI


KAHERAH , 21 Mei : Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir , Saudara Muhamad Zuhaili bin Saiman mewakili kepimpinan PMRAM merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Al-Takwa, Felcra Semungkis, Batu 14, Hulu Langat.

“Setiap manusia akan diuji dengan pelbagai versi ujian dan dugaan ,demi melihat sejauh mana kesabaran dan keredaan kita terhadap percaturannya" ujarnya ketika ditemui di Pejabat Pentadbiran PMRAM petang tadi .

Dalam tragedi yang berlaku kira-kira jam 2.30 petang, seramai 24 kanak-kanak dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal, Hulu Langat.

Sehingga kini dilaporkan lima mayat kanak-kanak rumah anak yatim berkenaan yang berumur antara 11 hingga 14 tahun telah berjaya dikeluarkan dari tanah runtuh sehingga jam 8.00 malam.

Semoga segala urusan menyelamat dipermudahkan dan mendapat pertolongan Allah SWT.

Sumber: Web PMRAM

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook