Saturday, May 14, 2011

Ben Ali Bakal Didakwa di Mahkamah Tentera Tunisia


14 Mei, Tunisia- Pihak berkuasa Tunisia hari ini memutuskan untuk membicarakan Presiden Tunisia Zein El Abidine Ben Ali yang digulingkan di Mahkamah Tentera. Beliau akan dibicarakan atas tuduhan campur tangan dalam memberi arahan mengenai urusan keselamatan dalam negara, penghasutan untuk mengekalkan kedudukan di dalam pemerintahan, membunuh dan menggunakan kekerasan terhadap rakyat sepanjang demonstrasi menjatuhkan regimnya. Beliau juga turut didakwa atas kesalahan penglibatan dadah sepanjang tempoh pemerintahannya.


Sumber dari Jabatan Pendakwaraya menyebut mahkamah rayuan telah meluluskan pada 11 Mei lalu untuk dipindahkan kes beliau kepada mahkamah tentera sebagai menghormati sistem perundangan Tunisia untuk bebas dari campur tangan pihak lain.

Ben Ali

Kerajaan sementara Tunisia hari ini akan mendakwa Ben Ali yang telah melarikan diri ke Arab Saudi selepas digulingkan pada 14 Januari. Kertas pendakwaan yang dikumpul berjaya menghasilkan 18 tuduhan terhadap beliau dan seandainya disabitkan kesalahan tersebut beliau bakal dihukum bunuh.

14 Januari menyaksikan rakyat menerima keadilan melalui jalanan Tunisia

Seperti yang diketengahkan melalui media, jenayah beliau berjaya dibongkar sepanjang pemerintahan zalimnya meliputi pelbagai kesalahan terhadap rakyat. Antaranya arahan yang dikeluarkan untuk menjaga kepentingan pemerintahannya, membunuh rakyat yang terlibat demonstrasi dengan kekerasan dan kesalahan penglibatannya dengan dadah.


Semenjak digulingkan, beliau masih tidak kelihatan di Tunisia kerana berjaya melarikan diri ke Arab Saudi untuk mendapatkan perlindungan.


Kerajaan sementara Tunisia semenjak mengambil tampuk pemerintahan menjalankan siasatan menyeluruh terhadap individu-individu yang bersama regim Ben Ali. Siasatan ini bagi membersihkan segala kemelut yang berlaku sepanjang pemerintahan regim Ben Ali dan mengembalikan semula Tunisia kepada sistem yang telus.


Sehingga kini beberapa kerabat dan individu yang rapat dengan Ben Ali sudah ditahan untuk dijalankan siasatan atas pelbagai kesalahan.

Sulaiman Waraq

Pasukan pendakwaraya Tunisia pula sudah melengkapkan persediaan pendakwaan dengan mengumpulkan 25 orang pendakwa. Sebelum ini, bekas Menteri Pengangkutan Abderrahim Zouari, Setiausaha Agung Parti Pemerintah Mohamed Ghariani dan Menteri Perdagangan Sulaiman Waraq antara yang telah ditahan sepanjang penubuhan pasukan pendakwaraya ini.


Disunting dari: al Mokhtsar

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook