Saturday, May 14, 2011

Perancis: Bashar Assad Bertanggungjawab Situasi di Syria

Rakyat menuntut Bashar Al-Assad meletakkan jawatan


14 Mei, Paris- Perancis megiktibarkan apa yang berlaku di Syria hari ini wajar ditanggungjawabkan kepada Presiden Syria, Bashar Al-Assad atas tindakannya. Kenyataan ini dibuat oleh Menteri di Kementerian Luar Perancis Alain Juppe atas ratusan yang terbunuh sepanjang demonstrasi.

Alain Juppe, Menteri Luar Perancis

Kementerian Luar terbabit menyatakan perkara tersebut ketika pertemuan dengan akhbar Alhayah London untuk cetakan Sabtu. Dasar Perancis tidak campur tangan tentang segala tindakan kezaliman di Timur Tengah yang berlaku melalui pelbagai sistem yang telah dijalankan. Prinsip ini di ambil sebagai menjamin kstabilan politik yang sedia ada.


Akan tetapi kini ianya dibuat peneltitian semula setelah apa yang berlaku di Tunisia dan Mesir dengan menyatakan bahawa kekerasan dan penindasan tidak akan menghasilkan sebarang kebaikan bahkan ianya memerlukan kepada penambahbaikan. Ini yang sewajarnya dilakukan oleh Syria bukan dengan menggunakan kekerasan terhadap rakyat.

Nicolas Sarkozy, Presiden Perancis

Jelasnya lagi, Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy tidak merasa kesal dengan dasar ini terhadap Damsyik tetapi menyatakan situasi kini yang berlaku tidak memungkinkan berlaku dialog antara pemerintah dan rakyat.


Regim kerajaan Syria hari ini banyak menggunakan kekerasan terhadap rakyat yang terlibat dalam demonstrasi. Laporan yang dilaporkan melalui media mendapati ratusan yang ditangkap dan diperlakukan dengan kasar kerana terlibat dalam demonstrasi dibeberapa wilayah utama Syria.


Apa yang berlaku di Lubnan sebelum ini boleh membantu Syria dalam mengambil sebarang tindakan. Lubnan sebelum ini dikejutkan dengan pembunuhan Presidennya, Rafiq Hariri. Kerajaan ketika itu mengambil pendirian badan bebas diwujudkan untuk menyiasat motif pembunuhan tersebut tanpa campur tangan mana-mana pihak agar ianya telus.

Suntingan dari: al Basheer

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook