Monday, April 25, 2011

Kemenangan Berpihak Kepada Islam Di Tunisia

25 April Tunisia – Pilihanraya di Tunisia baru-baru ini mencatatkan satu sejarah negara di Tunisia apabila Persatuan Peguam Muda yang lebih berpihak kepada Islam telah memenangi lapan dari sembilan kerusi yang dipertandingkan.

Sumber dari badan undang-undang Tunisia telah mengatakan dalam “Quds Akbar” bahawa kemenangan besar yang berpihak pada Islam di Tunisia dalam pilihanraya Perstuan Muda Peguam membimbangkan banyak ahli politik di negara itu.

Kemenangan ini membangkitkan lagi semangat dan terus menarik minat mereka dalam urusan politik Tunisia selepas berlakunya revolusi yang telah menggulingkan Presiden Ben Ali. Keputusan pilihanraya ini telah didominasi oleh golongan yang berpihak pada undang-undang Islam.

Mereka juga mengambil peluang mengisi kekosongan yang telah ditinggalkan dari keputusan mahkamah tentang resolusi yang telah dimeterai dari Perstuan Parti Demokrasi Perlembagaan Negara, yang telah memerintah dari awal kemerdekaan sehingga hari ini.


Sumber : Al-Mokhtasar

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook