Friday, April 15, 2011

Guru Islam Diperlukan Di Jerman

15 April Jerman – Menteri Pendidikan Jerman, Annette Chavan berkata dalam sebuah wawancara bersama majalah “De Zeit”, yang diterbitkan pada Khamis lalu, bahawa beliau menginginkan guru untuk memberikan pendidikan Islam di sekolah-sekolah di Jerman. Hal ini telah dipetengahkan kerana berlaku pemisah agama dalam Negara. Di sekolah-sekolah, pelajar hanya diberikan pelajaran yang beragama Protestan dan Katolik sahaja.

Chavan berkata, “ beliau akan melantik guru agama separuh masa di sekolah-sekolah, akan tetapi mereka ini perlulah dari lulusan Universiti di Jerman.”

Hanya beberapa universiti yang perlu mendapatkan sokongan daripada Jabatan Penyelidikan untuk memberikan khidmat mengajar undang-undang agama iaitu Universiti Tobing (Barat), Universiti Erlangen (Selatan), Universiti Munster (Barat), dan Universiti Frankfurt (Tengah).

Menurut sebuah kajian yang telah diterbitkan di majalah pada bulan Disember yang lepas, kebanyakan Negara Eropah, di Jerman mengalami masalah bagi penyerapan Muslim di komuniti mereka. Hal ini berlaku kerana dikatakan orang Islam di Jerman banyak menimbulkan 20% ancaman kepada negara. Peratusan ini lebih tinggi berbanding di Perancis, Belanda, Denmark dan Potugal.


Sumber : Al-mokhtasar

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook