Tuesday, April 12, 2011

Demonstrasi Larangan Memakai Burqa Di Perancis, 61 Ditangkap


10 April, Perancis – Penangkapan 61 orang muslim yang menyertai demonstrasi haram di Paris untuk memprotes undang-undang melarang pemakaian tudung di tempat awam. Polis telah menangkap 59 orang termasuk 19 daripadanya adalah wanita yang bertudung serta dua orang yang berasal dari Britain dan Belgium.

Perhimpunan haram ini dilakukan berpunca dari munculnya undang-undang tentang pengharaman bertudung di kawasan awam yang telah dipersetujui dari pihak atasan 2 hari yang lepas. Ada sumber yang mengatakan bahawasanya salah satu individu yang ditangkap adalah “Anjum Chaundhary” . Beliau amat kenali dikalangan orang muslim di Britain yang juga orang kuat dalam demonstrasi tersebut.

Panggilan itu datang ke tempat perdamaian dua hari sebelum masuk kepada undang-undang yang melarang jilbab di kawasan tersebut.

Chowdury 43 tahun, adalah mantan kepada persatuan “Islam untuk Britain” yang telah dipersetujui oleh kerajaan Britain yang mana ia telah memilih untuk lebih rapat dengan Syeikh Omar Bakri yang kini menetap di United Kingdom. Hal ini diharapkan akan mengembalikan Islam di United Kingdom.

Menurut sumber dari Agence France-Presse, sumber mengatakan bahawa salah seorang daripada mereka ialah Belgium Fuad Belkacem yang beragama Islam, yang juga dikenali sebagai “Abu Omran”. Penangkapan antarabangsa yang dikeluarkan terhadap dirinya atas permintaan penghakiman Maghribi. Hukuman penjara sepuluh tahun di Absentia dikenekan ke atas beliau setelah didapati bersalah dalam penyeludupan dadah.

Siasatan yang telah dilakukan ke atas Belkacem atas sebab komennya yang dijumpai dari laman sesawang ‘you tube’ di internet, bahawa beliau adalah salah seorang yang telah merancang untuk mengadakan perhimpunan menentang larangan bertudung di Belgium. Perhimpunan ini juga diberi nama “Undang-undang Untuk Belgium”.

Perkara ini akan diserahkan kepada mahkamah perancis untuk memutuskan sama ada harus diserahkan kepada pihak berkuasa maghribi atau tidak.

Kebanyakan mereka yang menyertai perhimpunana ini adalah anak-anak muda yang berumur 20 dan 30 an, berjanggut serta memakai pakaian Islam yang biasanya dipakai oleh kaum Salafi lama dahulu.

Kerajaan perancis telah berkuat kuasa terhadap larangan berhimpun dengan alasan bahawa hal ini boleh menyebabkan gangguan keselamatan penduduk awam. Seramai 59 orang telah ditangkap oleh pihak berkuasa kerana enggan meninggalkan tempat tersebut dan mereka telah disoal siasat tentang pengenalan diri masing-masing.

Larangan undang-undang bernaan menutup wajah dengan tudung mahupun topi di tempat umum, di setiap jalan raya, taman awam, stesen kereta api mahupun di kedai-kedai telah di luluskan pada 11 Oktober 2010 setelah berlakunya perdebatan antara rakyat dan kerajaan tentang undang-undang baru ini.


Sumber : Mufakkiratul Islam

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook